Anda di sini

PM Singapura tiba di Malaysia hadiri Pemukiman Pemimpin

Advertisement

TIBA: Lee dan isteri Ho Ching tiba di Terminal Ketibaan Antarabangsa, Bangunan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba di Kuala Lumpur semalam untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kali Kelima.

Ketibaan Lee dan delegasi di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur di sini pada jam 2.20 petang disambut oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Lee diiringi oleh isterinya Ho Ching, beberapa orang menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan semasa lawatan kerja dua hari.

Beliau dijadual menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pemukiman itu merupakan platform bagi pemimpin kedua-dua negara mengkaji kerjasama bilateral.

Ia juga memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin itu melihat dan membincang inisiatif baru dan kolaborasi selanjutnya.

Perdana Menteri mengadakan jamuan malam rasmi untuk Perdana Menteri Singapura itu di Tasik River Cruise, Putrajaya malam tadi. — Bernama

Advertisement