Anda di sini

Liputan rangkaian 3G Maxis bermasalah empat hari lalu

Advertisement

BINTULU: Seorang pengguna rangkaian 3G Maxis mengadu mengenai rangkaian kemudahan telekomunikasi untuk melayari Internet tidak dapat digunakan berpunca daripada tidak menerima isyarat liputan rangkaian 3G itu sejak empat hari lalu di kawasan Kemena, Bintulu.

“Sejak empat hari lalu, saya langsung tidak dapat menerima isyarat liputan rangkaian 3G itu.

“Keadaan itu menyebabkan kesukaran untuk saya melayari Internet,” kata Azman Drahman di sini semalam.

Katanya beliau telah mengadu kepada pihak Maxis tetapi sehingga sekarang masalah itu belum dapat diselesaikan.

Sebagai pelanggan setia, beliau telah lama menggunakan rangkaian telekomunikasi itu dan amat berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Liputan untuk komunikasi telefon tidak ada masalah cuma untuk menghubungkan rangkaian Internet melalui 3G sahaja yang bermasalah,” katanya.

Advertisement