Anda di sini

Sidang media harian MH370 semalam dibatalkan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 pada jam 5.30 petang semalam dibatalkan.

Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, seawal jam 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaun twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan semalam jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370.

“Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV,” katanya dalam tweet beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya “@SVM5619’: Good morning H2O. Will there be a PC today?” (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?)

Sementara itu, akaun twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23.

Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau.

Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin di Hishammuddin Hussein ?@HishammuddinH2O:

- Thank You so much “@tongliyap: H2O you have done a fantastic job. I

followed your press conference. You have a heart. I have praised you to all my friends.Keep well.”

- I am touched – Thank You “@Evelyn_Tai: H2O Good morning Datuk Seri. We’re always praying for Malaysia and we will continue to pray for those affected by this tragedy.”

- Iraq – Woh!! Salam and thank you so much “@Md_Hussein: H2O Good morning from Iraq Datuk Seri Hishamuddin. We feel what you going through. Prays.” — Bernama

Advertisement