Anda di sini

Program Earth Hour berbentuk hiburan dibatal hormati tragedi MH370

Advertisement

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membatalkan kesemua program Earth Hour berbentuk hiburan yang dirancang diadakan pada Sabtu ini.

DBKU menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, pembatalan itu bagi mengenang dan menghormati tragedi MH370.

Program itu sepatutnya diadakan dari jam 6.45 pagi hingga lewat malam pada hari tersebut di Padang Merdeka.

Bagaimanapun acara-acara yang bukan berbentuk hiburan diteruskan.

Sementara itu Sarawak Energy Berhad (SEB) memberi sokongan padu terhadap Earth Hour yang merupakan program yang dianjurkan di seluruh dunia oleh World Wildlife Fund (WWF) pada Sabtu ini (29 Mac) jam 8.30 malam.

Sehubungan itu, SEB menerusi kenyataan akhbar semalam, meminta kerjasama pemilik rumah dan pusat peniagaan memadamkan lampu premis masing-masing selama satu jam bagi menyokong program tersebut.

Earth Hour dilihat mendapat sokongan memberangsangkan dari tahun ke tahun di seluruh dunia di mana rakyat kini mula sedar dan bersatu hati dalam bersama-sama mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

“Tanda sokongan SEB, Ibu Pejabat SEB iaitu Menara Sarawak Energy, Wisma SESCO dan Pejabat Wilayah Kuching, Sibu dan Miri akan memadamkan lampu selama satu jam,” kata Ketua Perkhidmatan Korporat SEB.

Advertisement