Anda di sini

Warga asing ditemui mati ketika tidur

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai warga asing ditemui mati ketika tidur di sebuah surau berhampiran Tanjung Aru First Beach, di sini kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang hanya dikenali sebagai ‘adik’ bersama tiga lagi rakannya yang berumur lingkungan 17 hingga 19 tahun bergotong-royong di salah sebuah gerai makan di kawasan terbabit.

Selepas bergotong-royong, kesemua mereka sempat bermain bola sepak di tepi pantai sebelum menuju ke surau berkenaan untuk tidur sekitar jam 4 pagi.

Bagaimanapun, kira-kira jam 10.30 pagi ketika dikejutkan oleh rakan-rakannya, mangsa tidak memberikan sebarang reaksi.

Cemas dengan keadaan mangsa yang tidak bangun, mereka segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, mangsa datang dari Lahad Datu dan bekerja sebagai tukang masak di gerai makan Tanjung Aru First Beach.

Beliau ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Advertisement