Anda di sini

Jom sertai Kejohanan Bina Badan Mr Sibu 2014

Advertisement

SIBU: Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Sibu (PBBABS) dengan kerjasama Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim mempelawa orang ramai menyertai Kejohanan Bina Badan Mr Sibu 2014.

Pengerusi pengelola, Thomas Lee berkata kejohanan dijadualkan berlangsung pada 17 Mei ini di Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim terbuka kepada mereka berminat di kawasan wilayah tengah Sarawak.

“Kejohanan Bina Badan Mr Sibu 2014 diadakan bagi memilih wakil Sibu pada Kejohanan Bina Badan Mr Sarawak 2014 di Miri pada 24 Mei depan,” katanya di sini semalam.

Selain itu, mencungkil bakat baharu atlet sukan bina badan di wilayah tengah Sarawak yang mempunyai potensi tinggi.

“Tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan kepada peserta. Berat badan peserta akan ditimbang pada 17 Mei, bermula jam 2 petang bagi menentukan kategori disertai di Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim,” ujarnya.

Katanya, kejohanan terbuka kepada enam kategori iaitu novis, 65 kilogram dan ke bawah, 65.1 kilogram hingga 70 kilogram, 70.1 kilogram dan ke bawah dan juara antara juara (champion of champions).

“Hadiah ditaja Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim. Johan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM150, baucar Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim bernilai RM150, hamper dan trofi,” jelasnya.

Naib johan pula mendapat hadiah berupa wang tunai RM100, baucar Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim bernilai RM100, hamper dan trofi.

“Manakala, pemenang tempat ketiga akan mendapat hadiah wang tunai RM50, baucar Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim bernilai RM50, hamper dan trofi.

“Pemenang tempat keempat hingga kelapan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM50 dan medal. Juara antara jura akan mendapat wang tunai RM150, baucar Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim bernilai RM150, hamper dan trofi,” katanya.

Tambah Lee, tarikh akhir menghantar borang pendaftaran kepada pihak jawatankuasa penganjur pada 10 Mei, selewat-lewatnya pada jam 9 malam.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Thomas Lee di talian 016-8677462, John Yip 012-8833328 dan Law Huong Ing 013-8033683.

Hadir sama Pengurus Pusat Beli-Belah Sing Kwong Salim John Yip, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-Belah Sing Wong Salim Law Huong Ing, Presiden PBBABS Chia Soon Cheong dan Penolong Setiausaha PBBABS, Ling Teck Kiong.

Advertisement