Anda di sini

Phytoscience sasar lahir 100 jutawan seluruh negara

Advertisement

KOTA KINABALU: Phytoscience Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk makanan penjagaan kesihatan, menyasarkan untuk melahirkan 100 jutawan dari seluruh negara termasuk di kalangan pengedar produknya di Sabah pada tahun ini.

Pengedar tertinggi produk syarikat, Shazwan Abdullah berkata sasaran itu berupaya dicapai berdasarkan catatan hasil jualan syarikat mencecah RM50 juta dengan menyenaraikan 36 orang jutawan tahun lalu.

“Sehingga Disember tahun lalu, syarikat mencatatkan hasil jualan produk yang tertinggi iaitu RM50 juta dan saya yakin sasaran melahirkan 100 orang jutawan tahun ini mampu dicapai berikutan pertambahan keahlian yang kini mencecah 97,000 orang dan sambutan produk semakin meningkat berikutan manfaat penggunaan produk ini di kalangan penggunanya,” katanya ketika berucap di Majlis Motivasi Pengedar Phytoscience di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Menurutnya, syarikat yang mengedarkan tiga produk utama iaitu Double Stemcell, Triple Stemcell (spray) dan Shine Stem (cream) mendapat sambutan di pasaran berikutan manfaat menggunakannya.

Majlis turut dihadiri tiga pengedar tertinggi syarikat iaitu Suhaila, Nurul Iman dan Basirun yang berkongsi pengalaman sepanjang mereka bergiat dalam menjual produk syarikat.

Sementara itu, pengasas pengedar Phytoscience di Borneo, Rohami Lassim berkata syarikat berkonsepkan pemasaran berbilang peringkat (MLM) itu mengamalkan sistem perniagaan yang mudah dan cepat serta mendatangkan hasil yang lumayan.

Double Stemcell adalah produk dari Switzerland dan melalui proses pembukusan di Malaysia, menawarkan rumusan untuk merawat sel dalam tubuh.

 

Advertisement