Anda di sini

Wanita PBB Balingian ikrar turun padang

Advertisement

MUKAH: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) Cawangan Balingian akan menjalankan tanggung-jawab mereka memastikan kepimpinan di akar umbi parti terbabit bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Bali-ngian hujung bulan ini.

Ketua Pergerakannya, Kaunselor Jaidah Bujang berkata mereka di peringkat cawangan akan pergi ke kawasan kampung dan rumah panjang untuk berjumpa ketua-ketua ranting PBB bagi memastikan persediaan peringkat akar umbi di tahap terbaik.

“Kami di peringkat cawa-ngan akan sentiasa memasti-kan pimpinan di peringkat akar umbi bersedia meng-        hadapi sebarang kemungkinan. Selain itu, kami akan memberi sedikit penerangan terhadap situasi semasa yang berlaku kepada mereka di peringkat akar umbi.

“Hal ini kerana, pihak kita akan terus mempertahan pucuk pimpinan sedia ada di DUN Balingian nanti,” kata-nya ditemui di sini semalam.

Difahamkan, terdapat 30 ranting di kawasan DUN Balingian.

Jaidah berkata, mereka juga akan membuat pelbagai bentuk program bagi tuju-an mengeratkan hubungan masyarakat di peringkat akar umbi, sekali gus menjalinkan hubungan kerjasama di kala-ngan mereka.

“Kita akan membuat satu program kemasyarakatan untuk mengeratkan hubungan kalangan mereka dan me-nyuntik semangat kerjasama bagi memberi penerangan berkaitan kepada mereka untuk terus maju ke hadapan,” jelasnya.

Mengulas mengenai pengalaman beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu, sasaran mereka adalah warga emas kerana golongan tersebut perlu diberi pendekatan dan penerangan lebih efektif.

“Kami akan mengajar warga emas yang masih belum tahu dan sudah terlupa cara-cara yang betul ketika mengundi, terutamanya pada tahun lalu kami mengajar mereka penggunaan dakwat kekal,” katanya.

Advertisement