Anda di sini

SK Datuk Mohd Musa menganjur karnival

Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Mohd Musa akan menganjurkan karnival bertemakan ‘Jom Beramie…Bersama Memasyarakatkan Sekolah’ pada 15 hingga 16 Mac 2014.

Setiausaha Kehormat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Datuk Mohd Musa Yunus Johari berkata, karnival itu menjanjikan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada penduduk di sekitar Kota Samarahan seperti jogaton, pertandingan petanque, bintang kecil, PIBG Idol, bertandak, ratu kebaya dan pakaian beragam untuk kanak-kanak prasekolah.

Menurutnya, ia juga akan dimeriahkan lagi dengan pameran motosikal berkuasa tinggi, pertandingan motosikal perlahan, basikal perlahan dan basikal berhias.

“Bagi mereka yang berminat berniaga, bolehlah menempah ruang niaga yang akan disediakan,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Yunus berkata, pihaknya mengalu-alukan penduduk sekitar Kota Samarahan memeriahkan karnival yang julung kali diadakan sejak sekolah tersebut dibuka pada 2002.

“Karnival ini diadakan selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan melalui saranan sekolah dan saranan ibu bapa yang inginkan penglibatan komuniti luar bersama-sama memasyarakatkan sekolah,”ujarnya.

Katanya, adalah diharapkan  karnival itu nanti juga akan dapat mengutip dana untuk tabung PIBG sekolah.

Kita menyeru agar pihak ibu bapa dan penduduk sekitar Samarahan memberi sokongan dengan menyertai acara-acara yang akan diadakan nanti,” jelasnya.

Katanya pihaknya juga menjemput kelab-kelab motosikal berkuasa tinggi seperti Tegar Bikers, BIBB, Highland Choppers, Benak Bikers, DABC, GMC dan kelab-kelab motor yang lain agar dapat bersama-sama memeriahkan karnival itu nanti.

“Pengunjung juga berpeluang membawa balik hadiah-hadiah menarik melalui acara cabutan bertuah yang turut diadakan nanti,” tambahnya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak urus setia iaitu Isharudin (0198243496, jogaton), Majidi (019818526, bertandak), Georgseri Sawi (0198880935, bintang kecil, Ratu Kebaya PIBG Idol), Wan Ali (0168858973 motosikal dan basikal perlahan) serta Asnah (0138144174, pameran dan gerai jualan).

Advertisement