Anda di sini

SPDP tidak lagi mengalami krisis dalaman

Advertisement

BANTUAN KERAJAAN: Balang (sembilan kiri) merakam kenangan bersama sebahagian penerima Komputer Riba 1Malaysia dari Ba’Kelalan di sebuah hotel di Miri, Isnin lepas.

Parti kini sudah teratur dan para pemimpin mereka tidak lagi berbalah, kata Balang

KUCHING: Parti Demo-kratik Progresif Sarawak (SPDP) semalam memaklumkan mereka tidak lagi mengalami krisis dalaman kerana parti itu sudah teratur dan para pemimpin mereka tidak lagi berbalah.

Setiausaha Agung SPDP Datuk Nelson Balang Rining berkata jika ada pihak yang mendakwa parti itu menghadapi serangan politik dari luar parti atau ada isu dengan bekas pemimpin parti yang telah dipecat kerana ingkar, mereka berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Bagi parti, kami tidak ada krisis dalaman lagi dan ahli sekarang lebih fokus kepada usaha pengukuhan dan mengeratkan persahabatan di kalangan ahli parti sendiri dan dengan ahli komponen lain yang berniat baik dan berfikiran sama seperti PBB, PRS dan SUPP,” katanya.

Balang merujuk kepada bekas atau ketua lama parti yang dipecat dan mengumumkan diri mereka sebagai ahli Barisan Nasional (BN) dan masih memegang pelbagai jawatan strategik dalam kerajaan tetapi tidak menganggotai mana-mana parti selepas dipecat daripada SPDP antara lewat 2011 hingga awal 2012.

Menurutnya, selepas meng-alami beberapa pergolakan, parti itu kini semakin kuat selepas mengambil kira keme-nangan 100 peratus pada Pilihan Raya Umum pada Mei 2013 dengan memenangi empat kerusi di Mas Gading, Baram, Bintulu dan Saratok untuk BN.

Bagaimanapun, Balang berkata SPDP terbuka kepada sebarang cadangan terutama daripada bakal Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem untuk mengukuhkan BN Negeri secara keseluruhannya menjelang Pilihan Raya Negeri yang mungkin akan diadakan selewat-lewatnya pada 2016.

Dalam satu lagi perkemba-ngan pada Isnin lepas di Miri, Balang mengagihkan 123 unit Komputer Riba 1Malaysia kepada kumpulan penerima pertama dari kawasan DUN Ba’ Kelalan.

Balang yang juga Ketua Bahagian SPDP Ba’Kelalan berkata antara penerima adalah pelajar dan seorang pastor gereja, Loter Sakai.

Menurutnya, penerima lain yang berpotensi atau yang layak harus bersabar kerana Komputer Riba 1Malaysia akan dibahagi sekali lagi kepada pelajar di Ba’Kelalan.

“Kerajaan menyediakan komputer riba ini kepada golongan yang memerlukan bukan sahaja bagi me-ngurangkan bebanan kewangan tetapi paling penting menyumbang kepada usaha mengurangkan jurang digi-tal di antara penduduk luar bandar dengan bandar,” katanya.

Sementara itu, Balang turut mengambil kesempatan untuk memaklumkan ahli majlis tertinggi parti mengenai mesyuarat mereka yang akan diadakan pada jam 10 pagi pada Ahad ini (23 Februari) di ibu pejabat parti, Jalan Badruddin di sini.

Advertisement