Anda di sini

Penunggang motosikal maut dilanggar kereta

Advertisement

SERIAN: Seorang lelaki yang berasal dari Miri maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 86 Jalan Serian-Sri Aman, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi yang mengesahkan kejadian memberitahu, mangsa dikenal pasti sebagai Tan Ah Seng, 53, dari Miri.

Dalam insiden tersebut, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan dilanggar sebuah Proton Wira dari belakang ketika hendak memasuki simpang di sebelah kanan.

Manakala pemandu kereta berusia 38 tahun yang berasal dari Paya Udak, Betong dalam perjalanan menuju ke Kuching apabila kemalangan itu berlaku.

Mayat Tan dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Siasatan sedang dijalankan.

Advertisement