Anda di sini

Lo akan terima sesiapa sahaja yang dilantik jadi timbalannya

Advertisement

RASMI: Lo (tengah) bersama tetamu jemputan lain melakukan upacara simbolik ‘Law Sang’ sempena Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina MPP 2014, semalam.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata beliau akan menerima sesiapa sahaja kaunselor majlis yang dilantik menjadi timbalannya nanti.

Ini kerana, katanya mereka (kaunselor) selama ini telah bekerjasama baik dengannya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Saya tiada bantahan terhadap sesiapa sahaja kaunselor MPP daripada semua parti komponen BN (PBB, SPDP dan PRS) yang akan menjadi timbalan saya nanti.

“Kami bekerjasama baik selama ini dan saya tiada masalah kerja dengan mana-mana daripada mereka,” katanya ketika ditemu bual sempena Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina MPP 2014, semalam.

Namun demikian, Lo enggan mengulas lanjut siapa yang bakal dilantik untuk jawatan berkenaan walaupun timbul spekulasi mengatakan ia kemungkinan disandang oleh Kaunselor Munded Banat daripada PBB.

“Saya tidak pasti siapa yang akan dilantik kerana ia bergantung kepada keputusan kepimpinan tertinggi kerajaan,” katanya.

Jawatan timbalan pengerusi MPP bagi sesi 2014-2016 kini masih kosong walaupun senarai ahli majlis telah diumumkan pada 5 Februari lalu.

Ia juga dikuotakan untuk PBB di mana sebelum ini telah disandang oleh Mohd Hashim Yap.

Difahamkan, Mohd Hashim baharu sahaja meninggal dunia pada minggu lalu disebabkan masalah kesihatan.

Advertisement