Anda di sini

Laluan sungai Kubah Ria-Waterfront Square ditutup

Advertisement

KUCHING: Pihak Kontro-ler Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) mengumumkan penutupan sebahagian laluan trafik di Sungai Sarawak dari Kubah Ria hingga ke Waterfront Square di sini bermula semalam hingga hari ini.

Penutupan berkenaan adalah sempena Ekspedisi Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Ne-geri Sarawak dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Pihak yang terlibat dengan perkapalan, Persatuan Perahu Penambang, pengguna sungai dan orang awam dinasihati agar memberi kerjasama dan mematuhi arahan petugas-petugas aktiviti kayak berke-naan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Pihak kontroler meminta maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Sementara itu, aktiviti kayak anjuran Pusat Kokurikulum Negeri, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Sarawak itu melibatkan 142 pelajar tingkatan empat dan 20 guru sekolah menengah dari seluruh negeri.

Advertisement