Anda di sini

Dua pengarah didapati bersalah langgar Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965

Advertisement

BINTULU: Dua pengarah syarikat didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan di bawah Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965.

Kedua-duanya mengaku bersalah dan Majistret Muhammad Hafiz Mohd Nor menjatuhkan hukuman denda RM2,000 setiap seorang termasuk denda syarikat dengan keseluruhannya berjumlah RM6,000 dan jika gagal boleh dipenjara tiga bulan.

Mereka bagaimanapun membayar denda tersebut.

Pengaduan diterima daripada Penolong Pendaftar Syarikat Seksyen Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Miri pada 17 September 2013.

Pemeriksaan pada 18 September 2013 mendapati syarikat itu tidak mematuhi peruntukan Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 iaitu gagal menyerah simpan Penyata Tahunan syarikat ke SSM bagi tahun takwim 2012 dalam tempoh satu bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat pada tahun itu.

Mengikut Seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965, AGM syarikat bagi tahun takwim 2012 sepatutnya diadakan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh AGM sebelumnya.

Justeru SSM berharap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah itu akan memberi peringatan kepada syarikat-syarikat dan pegawai-pegawainya untuk mematuhi keperluan Akta Syarikat 1965.

Terdapat tujuh syarikat lagi akan didakwa di mahkamah atas beberapa kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.

Advertisement