Anda di sini

Abdul Aziz lawat tapak Lapangan Terbang Lawas yang baharu

Advertisement

TAKLIMAT: Henry (tiga kiri) menerangkan kepada Aziz (kanan) mengenai projek pembinaan Lapangan Terbang Lawas yang baharu di Lawas, semalam. Turut kelihatan Hussaini (kiri).

LAWAS: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengadakan lawatan kerja ke  tapak Lapangan Terbang Lawas yang baharu di Jalan Kampung  Noor Islam Kuala Lawas di sini pagi semalam.

Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung dan rombongan Kementerian Pengangkutan Malaysia lain.

Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, turut mengadakan lawatan ke tapak Lapangan Terbang Lawas yang lama yang kerap dinaiki air.

Pada lawatan itu beliau turut diberi taklimat oleh Henry mengenai permohonan untuk membina sebuah lapangan terbang baharu di Lawas.

Katanya beliau akan melihat dengan teliti projek pengangkutan yang sedang dilaksanakan bagi memastikan ia bukan sahaja benar-benar memberi faedah kepada rakyat tetapi juga selamat.

Beliau berharap agensi terlibat dapat menyediakan kertas kerja berkaitan permohonan tersebut. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim.

Advertisement