Anda di sini

Lebih 100 pelajar di Kuala Nerang keracunan makanan

Advertisement

KUALA NERANG: Lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini mengalami cirit-birit serta muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan negeri Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata 160 pelajar mengalami cirit-birit dan muntah, bagaimanapun hanya sebahagian daripadanya dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala selebihnya dirawat di sekolah.

Beliau berkata 117 pelajar menerima rawatan pesakit luar dan dua daripada pelajar berkenaan ditahan di wad HKN untuk rawatan lanjut.

“Pelajar dipercayai terkena jangkitan selepas menikmati makanan yang disediakan malam tadi, tapi semua masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Beliau berkata ekoran insiden itu dewan makan sekolah berkenaan ditutup selama dua minggu untuk pemeriksaan. — Bernama

Advertisement