Anda di sini

Salibasic dijangka tidak dapat beraksi hingga tamat musim

Advertisement

CEDERA SERIUS: Sarawak bakal kehilangan Salibasic untuk tempoh lebih panjang.

KUCHING: Penyerang import Sarawak, Muamer Salibasic dijangka tidak dapat

beraksi sehingga tamat musim ini selepas mengalami kecederaan lutut kiri yang agak serius.

Ketua Jurulatihnya, Robert Alberts berkata pemain import itu terpaksa berehat lebih lama kerana kecederaan lutut dialaminya belum menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh terdekat.

“Kita tidak tahu kecederaan sebenar yang dialaminya. Namun, yang pasti beliau perlu berehat lebih panjang dari jangkaan awal kerana keadaannya lutut kirinya semakin serius.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan susulan pada Isnin ini bagi mengenal pasti tahap kecederaan tersebut,” katanya di sini semalam.

Muamer mengalami kecederaan lutut kiri selepas dirempuh pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan pembukaan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada 18 Januari lalu yang berkesudahan Sarawak tumpas 0-2.

Kehilangannya bakal merencatkan kempen Sarawak dalam Liga Malaysia kerana beliau memainkan peranan penting dalam membantu skuad Ngap Sayot menjuarai Liga Perdana musim lalu.

Advertisement