Anda di sini

Kejayaan SMK Saratok dominasi Kejohanan Merentas Desa membanggakan

Advertisement

SARATOK: Sekolah Menen­gah Kebangsaan (SMK) Sara­tok memulakan langkah kanan sebagai pembukaan tirai bagi tahun 2014, apabila telah muncul juara pada Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Be­tong 2014, baru-baru ini.

Edisi pertandingan kali ini telah melibatkan penyertaan hampir semua sekolah di Ba­hagian Betong.

Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan mental.

Ia juga membantu agar mu­rid-murid mempunyai penca­paian seimbang dalam bidang akademik, kokurikulum dan mengeratkan silaturahim di antara murid dan guru-guru.

Kejohanan ini adalah anjuran Unit Sukan Pejabat pendidikan Daerah (PPD) Betong dengan kerjasama SMK Spaoh.

Pada kejohanan kali ini, SMK Saratok menyertai empat kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki 18 Ta­hun Ke Bawah (TKB), lelaki 15TKB, perempuan 18TKB dan perempuan 15TKB.

Berkat kesungguhan, ke­gigihan dan komitmen juru­latih dan atlet pasukan, SMK Saratok berjaya mencatat sejarah dalam pertandingan itu apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Selain itu, tiga daripada em­pat kategori yang dipertand­ingkan telah berjaya dirangkul oleh pasukan SMK Saratok iaitu kategori perempuan 18 TKB, perempuan 15TKB dan lelaki 15TKB. Hanya lelaki 18TKB sahaja yang mendapat tempat ketiga.

Secara keseluruhanya pen­capaian prestasi atlet pada tahun ini amat memberang­sangkan jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lepas.

Sehubungan itu, seramai 14 atlet SMK Saratok akan mewakili Bahagian Betong ke kejohanan merentas desa peringkat negeri yang akan diadakan di Miri pada 22 Februari, sekali gus muncul jumlah teramai atlet sekolah terbabit yang pernah mewakili bahagian itu.

Pertandingan merentas desa peringkat kebangsaan pula akan diadakan di Sabah, mana­kala peringkat antarabangsa dijangkakan berlangsung di Mongolia.

Advertisement