Anda di sini

Dua ditahan polis kerana miliki senjata berbahaya

Advertisement

BAHAYA: Senjata yang ditemui serta dirampas daripada kedua-dua suspek berkenaan.

KUCHING: Dua individu ditahan selepas didapati memiliki senjata berbahaya di hadapan sebuah bank di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim di sini, lewat malam kelmarin.

Kedua-dua individu berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 29 dan 19 tahun berasal dari Matang, di sini.

Difahamkan, beberapa anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan dan berhenti untuk membuat pemeriksaan terhadap sebuah motosikal yang ditinggalkan di hadapan bank tersebut.

Hasil pemeriksaan telah menemui sebuah beg badminton yang mengandungi beberapa senjata tajam seperti samurai dan pisau pemotong daging.

Intipan selama beberapa minit selepas itu berjaya menahan kedua-dua suspek yang muncul untuk mengambil motosikal berkenaan iaitu sekitar jam 11.30 malam.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Advertisement