Anda di sini

Seorang maut, dua cedera parah

Advertisement

REMUK: Motosikal mangsa rosak teruk setelah bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan di Sarikei malam kelmarin.

SARIKEI: Seorang maut, manakala dua lagi cedera parah setelah sebuah motosikal yang ditumpangi oleh mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Mangsa maut seorang wanita berusia lingkungan 90-an, manakala dua lagi dipercayai cucu dan anak kepada mangsa juga wanita cedera parah dirawat di Hospital Sibu.

Kejadian itu dipercayai berlaku jam 7.30 malam kelmarin di Jalan Sarikei-Sibu berhampiran Simpang Skim B Meradong lebih kurang 13 kilometer dari pusat bandar.

Sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa membonceng sebuah motosikal dipercayai dalam perjalanan balik dari Hospital Sarikei menuju ke rumah mereka, manakala kereta terbabit dalam perjalan menuju ke pusat bandar.

Dalam perjalanan tersebut, motosikal mangsa dipercayai  hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta terbabit.

Namun, kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Advertisement