Anda di sini

Program ‘Walk A Mile’ mendapat sambutan menggalakkan

Advertisement

SIBU: Program Walk A Mile yang memasuki bulan kedua dan berlangsung di Dataran Bandar Sibu semalam disertai lebih kurang 1,000 peserta.

Dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sibu, program dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum acara berjalan kaki sejauh satu batu atau 3,000 langkah.

Diadakan pada Sabtu minggu kedua setaip bulan, program semalam turut disertai  Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Justani Joni dan Timbalan Komandan Kem PLKN Junaco Park Wan Dzupakar.

Penyertaan kali ini terdiri daripada peserta pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, peserta PLKN, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar Kolej Kejururawatan Hospital Sibu dan ketua-ketua kaum.

Antara lain, program ini yang menggabungkan aktiviti senamrobik, berjalan kaki dan pemeriksaan kesihatan, bertujuan memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat.

Program juga untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan pentingnya mereka melakukan senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Advertisement