Anda di sini

Kementerian Pendidikan lengkap buku teks digital berperingkat

Advertisement

KUANTAN: Kementerian Pendidikan akan melengkapkan kandungan buku teks digital yang dilancarkan kelmarin secara berperingkat selaras dengan usaha kerajaan melakukan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata pada masa ini, kementerian telah emuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet dan ia akan disusuli dengan laman interaktif yang mampu menjawab segala soalan secara tutorial selain video dan multimedia.

“Tidak lama lagi kita akan lengkapkannya dengan kandungan yang lebih hebat dengan adanya video, multimedia dan sistem interaktif bagi menjawab soalan secara tutorial.

“Proses melengkapkan kandungan buku teks digital dilakukan secara berperingkat selaras dengan transformasi pendidikan yang berjalan dengan baik pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Kita Memberi Mereka Merasa’ (Hilangkan Derita Timbulkan Ceria) di Rumah Anak Yatim Dan Miskin Al-Insyirah Sungai Isap Kuantan di sini, semalam. — Bernama

 

Advertisement