Anda di sini

Ceramah tentang kuasa Charles Brooke mendapat sambutan

Advertisement

KUCHING: Ceramah  bertajuk ‘Kuasa Pembinaan: Charles Brooke, Kesahihan dan Persekitaran Binaan di Sarawak 1965-1907’ di Dewan Tun Razak mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran lebih 70 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ceramah yang merupakan sebahagian daripada siri program Rakan Muzium Sarawak (FoSM) itu disampaikan oleh Pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa New South Wales University, Canberra Dr John H Walker.

Dalam ceramah kira-kira sejam yang bermula jam 2 petang itu, beliau  menyentuh tentang pencarian serta ekspresi kuasa oleh Rajah Kedua Sarawak Charles Brooke selepas beliau menjadi pemerintah pada 1868.

“Saya akan membentangkan pencarian Rajah Sarawak kedua bagi cara untuk menggunakan kuasa selepas beliau menjadi pemerintah pada 1868,” katanya, semalam.

Beliau memfokuskan tentang tajaan Brooke kepada teks bahasa Melayu ‘Hikayat Panglima Nikosa’, yang jelas mengaitkan kewujudan kemakmuran dan legitimasi politik.

Selain itu, ceramah turut membentangkan tentang pemetaan program bangunan awal Brooke termasuk kubu-kubunya, pembinaan rumah panjang baharu ‘lebih bersih’ dan pembangunan semula pusat komersial Kuching iaitu Main Bazaar.

Ia juga menyentuh mengenai pembinaan terbesar Brooke iaitu Astana baru dan Mahkamah Lama yang merupakan peninggalan secara fizikal pemerintahannya.

“Astana dan bangunan Mahkamah Lama mencerminkan pembangunan fizikal yang diusahakan Charles,” katanya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang adalah antara hadirin yang hadir.

Advertisement