Anda di sini

DBKU perkenal aduan, cadangan menerusi SMS

Advertisement

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melakukan transformasi dalam Biro Maklum Mesra (BMM) selaras dengan misi DBKU iaitu ‘Untuk Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan dengan Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif dan Penyampaian Perkhidmatan Terunggul.’

Menurut kenyataan DBKUsemalam, dalam usaha mencapai misi DBKU, warga kota kini boleh menghantar sebarang aduan atau cadangan ke Pusat Khidmat 24 Jam DBKU atau Bahagian Khidmat Sosial dan Komuniti (CSS) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Aduan berkenaan boleh dihantar melalui SMS di talian 016-8864466 yang mula beroperasi pada 1 Februari lepas.

Untuk menghantar SMS, orang ramai perlu mengikut langkah seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon serta maklumat aduan dan lokasi.

“Selain itu, warga kota Kuching Utara boleh menghubungi Pusat Khidmat 24 Jam DBKU melalui ‘hotline’ DBKU iaitu 082-446644 dan pegawai yang bertugas akan terus ke tempat kejadian untuk memberi bantuan,” menurut kenyataan itu lagi.

DBKU berharap dapat meneruskan kejayaan daripada tahun-tahun sebelumnya dan warga kota terus berganding bahu serta menyokong DBKU dalam usaha murni itu.

Ia bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti terhadap pembangunan sosioekonomi bandar raya Kuching selaras dengan konsep Pelan Kuching Bersih, Cantik dan Selamat (CBS) 2013-2017.

Di samping itu, ia bagi mempergiatkan peranan sosialnya ke peringkat akar umbi dengan memberi penekanan terhadap kerjasama dan permuafakatan ‘DBKU Cares’: Masyarakat, Kejayaan dan Swasta yang mampu meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan di sekitar bandar raya Kuching.

Advertisement