Anda di sini

Rodger Chan dan isteri meraikan kunjungan TYT

Advertisement

KUCHING: Pengarah Pusat Perniagaan ABC Australia yang juga Konsultan Hartanah Capital Sarawak Real Estate Sdn Bhd Rodger Chan serta isteri Rosanne Chai Sow Fong meraikan pasangan ketua negeri ke kediaman mereka sempena Tahun Baharu Cina kelmarin.

Ketibaan Yang di-Pertua Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang ditemani isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah disambut dengan persembahan tarian singa dan bunyi bunga api.

Kedua-duanya kemudian disajikan dengan hidangan Tahun Baharu Cina sambil beramah mesra bersama ahli keluarga Chan.

Turut kelihatan menemani Tun Salahuddin adalah Menteri Muda Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi dan isteri.

Advertisement