Anda di sini

Harga ulat rumbia meningkat 10 peratus akibat kurang bekalan

Advertisement

MUKAH: Kekurangan beka­lan selain permintaan tinggi menyebabkan harga ulat rumbia meningkat lebih 10 peratus daripada harga asal sejak kebelakangan ini.

Harga ulat rumbia yang sebelum ini RM40 sekilogram kini meningkat sehingga RM50 sekilogram.

Ulat rumbia atau lebih dikenali dengan panggilan ‘si’et’ sememangnya memi­liki nilai komersil sekali gus mendatangkan pendapatan lumayan kepada penjual­nya.

Seorang penjual ulat rum­bia berkata, bekalan ulat berkurangan disebabkan ke­banyakan pokok rumbia yang menjadi makanan ulat itu berkurangan.

Menurutnya, peminat makanan eksotik itu bukan sahaja penduduk tempatan malah pengunjung luar ne­gara.

“Harga ulat rumbia men­ingkat daripada RM40 kepada RM50 sekilogram, ulat yang sudah dibakar atau masih hidup dijual dengan harga RM5 sebungkus mengand­ungi kurang daripada sepuluh ulat.

“Saya mendapat bekalan ulat rumbia daripada pen­duduk kampung yang sentiasa menghasilkan produk itu serta mencari bekalan untuk dijual setiap hari.

“Mereka menghantar antara 500 hingga 1,000 ulat mulong (rumbia) setiap hari sebelum dijual di Pasar Tamu Mukah,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan dikatakan menggemari ulat rumbia kerana ia berkhasiat tinggi dan dimakan bersama sagu serta nasi.

Jika bekalan mencukupi, beliau percaya harganya tidak meningkat.

Untuk menghasilkan ulat rumbia, pokok sagu yang ditebang dibiarkan selama tiga hingga empat minggu bagi membolehkan ulat berkenaan bersarang.

Bagaimanapun, tidak semua pokok rumbia menghasil­kan ulat yang banyak kerana pokok yang subur sahaja mampu menghasilkan ulat rumbia yang banyak.

Difahamkan di Kapit, Sibu, Bintulu, Miri, Betong dan Kuching ulat rumbia dijual pada harga RM1 hingga RM2 seekor sehingga ada antara penggemar sanggup men­empah daripada pembekal kerana bimbang kehabisan bekalan.

Advertisement