Anda di sini

Masyarakat Cina sambut tahun Kuda Kayu dengan penuh kemeriahan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina hari ini menyambut kedatangan tahun baharu iaitu Tahun Kuda Kayu yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan kegagahan dalam kehidupan, karier serta perniagaan dengan penuh kemeriahan.

Selain mengadakan makan besar bersama keluarga malam tadi bagi menandakan permulaan sambutan Tahun Baharu Cina, pagi ini rata-rata masyarakat Tionghoa mengenakan pakaian berwarna merah turut mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan lagi hubungan antara keluarga, sahabat dan jiran.

Di samping bertukar ucapan selamat tahun baharu dan kesejahteraan, para tetamu dijamu dengan limau mandarin dan pelbagai kuih-muih serta ada yang turut menganjurkan persembahan tarian singa dengan harapan dapat membawa kebaikan dan tuah kepada keluarga masing-masing.

Sementara itu, warga kota mengambil peluang cuti umum dan hujung minggu yang panjang ini untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang. -Bernama

Advertisement