Anda di sini

Ngap Sayot mula langkah sumbang

Advertisement

GAGAL: Penyerang import Sarawak, Muamer Salibasic gagal menjaringkan gol dalam aksi menentang ATM malam kelmarin.

 

KUCHING: Sarawak meny­ingkap tirai Liga Super 2014 dengan langkah kiri apa­bila tewas 2-0 di pangkuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawa­nan pertama di Stadium Selayang, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Sarawak yang merupakan juara Liga Premier 2013 ter­paksa akur dengan kekalahan di tangan ATM hasil jaringan Marlon Alex James pada minit ke-17 dan Cristie Jayaseelan minit ke-29.

Skuad kendalian Robert Alberts mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol menerusi Milorad Janjus dan Muamer Salibasic namun gagal membuahkan hasil.

Usaha Sarawak mendahului perlawanan disentap dengan jaringan Marlon dan Cristie, selain kecederaan Salibasic pada minit ke-20 dan digan­tikan dengan Alireza Ab­basfard.

Sarawak kemudiannya membawa masuk Junior Eldstal dan Akmal Rizal pada separuh masa kedua, namun kekebalan benteng perta­hanan lawan menyebabkan skuad Ngap Sayot berputih mata.

Alberts ketika dihubungi semalam berkata, anak-anak buahnya mempunyai beber­apa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam per­lawanan itu terutamanya pada separuh masa pertama.

“Kita berjaya mengimbangi perlawanan dan mempunyai banyak peluang terutamanya pada separuh masa pertama.

“Namun, ketumpulan jentera serangan menyebab­kan kita hampa dan gagal menjaringkan sebarang gol,” ujarnya.

Menurutnya, kedua-dua jaringan ATM berpunca daripada kealpaan benteng pertahanan pasukan kita (Sarawak).

“ATM mempunyai pe­main-pemain berkualiti, apabila benteng pertahanan melakukan kesilapan seran­gan mereka bijak menghidu peluang,” katanya.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak bakal menanti kunjungan Pulau Pinang di Stadium Negeri Kuching pada 21 Januari ini pada saingan Piala FA 2014.

Sementara itu, pada 25 Januari nanti Sarawak akan berdepan dengan Kelantan juga di Stadium Negeri pada saingan Liga Super 2014.

Advertisement