Anda di sini

Djokovic melangkah ke suku akhir Terbuka Australia

Advertisement

MELBOURNE, Australia: Juara bertahan Novak Djoko­vic mara ke peringkat suku akhir Grand Slam ke-19 bertu­rut-turut dengan satu keme­nangan straight set mudah ke atas pemain pilihan Itali Fabio Fognini di Terbuka Australia semalam.

Pemain pilihan kedua dari Serbia itu menang mudah 6- 3, 6-0, 6-2 ke atas Fognini, pemain pilihan ke-15, dalam masa sejam 33 minit di Rod Laver Arena.

Djokovic, yang memburu kejuaraan Australia kelima dan Grand Slam ketujuhnya, melanjutkan siri tanpa kalah­nya kepada 28 sejak kemenan­gannya di Terbuka Amerika Syarikat di New York pada September lalu.

Dia akan menentang sama ada pemain pilihan kelapan dari Switzerland Stanislas Wawrinka atau pemain pilihan ke-17 dari Sepanyol Tommy Robredo pada peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan berat sebelah, Djokovic meram­pas servis Fognini sebanyak enam kali daripada 22 peluang mata break dan melakukan 33 pukulan kemenangan melepa­si pemain Itali yang kadang-kala bermain sambil lewa.

Djokovic, yang sudah ber­sahabat dengan Fognini se­jak zaman mereka menjadi pemain remaja di Eropah, terus memberikan tumpuan manakala pemain Itali terse­but menghiburkan penonton dengan gelagatnya dan ber­main tanpa keseriusan.

“Akhirnya kedua-dua kami adalah profesional dan apabila kami memasuki gelanggang, kami mahu memenangi per­lawanan tidak kira siapa yang kita lawan,” kata Djokovic.

“Sudah tentulah ia rasa sedikit berlainan apabila la­wan kita adalah seorang rakan lama dan saya ternyata mahu ketawa dengan lawaknya tetapi di sudut lain, saya tidak mahu hilang konsentrasi dan ia sangat penting untuk sentiasa fokus hingga ke hujung.”

Djokovic berkata dia ber­main dengan baik dan tidak membiarkan Fognini untuk menguasai rali. Dia sekarang mengatasi pemain Itali itu 7-0 dalam pertemuan mereka.

Ia adalah penampilan suku akhir ketujuh berturut-turut bagi Djokovic di Terbuka Australia dan melanjutkan siri tanpa kalahnya kepada 25 per­lawanan di Melbourne Park.

Djokovic mahu menjadi lelaki kedua di belakang Roy Emerson yang memenangi kejuaraan Terbuka Australia empat tahun berturut-turut. — AFP

Advertisement