Anda di sini

Tiga maut, lapan hilang, 16 selamat insiden bot terbalik di Daro

Advertisement

DARO: Tiga orang mangsa disahkan terkorban dalam insiden bot panjang terbalik di Kampung Kut di sini tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan lapan lagi mangsa masih hilang dalam bot membawa rombongan perkahwinan dari Kampung Saai ke Kampung Tekajong.

Seramai 16 mangsa disahkan selamat daripada 27 orang penumpang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Mukah dan Sibu sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Advertisement