Anda di sini

Suspek bolos dengan pistol ditahan reman hingga 21 Jan

Advertisement

KUCHING: Mahkamah semalam meluluskan per­mohonan reman selama empat hari sehingga 21 Januari ini terhadap suspek kes pecah kereta yang bolos dengan sepucuk pistol di Satok pada Isnin lepas.

Suspek berusia 23 tahun itu diberkas pihak polis bersama teman wanitanya di sebuah rumah di Taman Dahlia, Matang sekitar jam 7.30 malam kelmarin.

Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata api selepas sepucuk pistol yang diper­cayai digunakan oleh sus­pek dalam insiden tersebut juga berjaya ditemui semasa tangkapan dilakukan.

Difahamkan, pistol tersebut telah dicuri oleh suspek daripada seorang anggota polis yang dika­takan tertidur di dalam kereta dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lepas.

Pada Isnin lepas, sus­pek bersama seorang lagi rakannya cuba melarikan diri setelah berjaya dikesan oleh beberapa anggota polis cuba memecah cermin se­buah Toyota Hilux sekitar jam 11 pagi di Jalan Jam­batan Gantung, Satok.

Rakan suspek bagaiman­apun berjaya ditahan mana­kala suspek melarikan diri selepas mengacukan pistol, namun terjatuhkan kelopak peluru yang menggandungi 21 peluru hidup.

Suspek bersenjata itu berjaya melarikan diri menggunakan sebuah mo­tosikal yang dicuri dari se­buah rumah berhampiran tempat kejadian namun berjaya ditangkap malam kelmarin.

 

Advertisement