Anda di sini

Pertubuhan Kebajikan Kawasan Balingian ditubuh bantu rakyat

Advertisement

MUKAH: Sebuah pertubuhan berfungsi untuk kebajikan rakyat setempat di kawasan Balingian telah ditubuhkan.

Pertubuhan Kebajikan Kawasan Balingian (PKKB) baharu ditubuhkan itu berlokasi di Kampung Masjid Balingian.

Menurut Yang Dipertua PKKB, Yakub Arbi pertubuhan tersebut adalah untuk meringankan beban rakyat setempat di kawasan Balingan dan Mukah.

“Memberi bantuan kewangan kepada penduduk di kawasan Balingian dan Mukah bila berlaku kematian antara mereka.

“Selain itu, ia juga membantu dari segi kewangan penduduk sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan di klinik kerajaan atau swasta dan hospital kerajaan dan swasta,” katanya ditemui pada mesyuarat agung pertama pertubungan tersebut di sini kelmarin.

Sementara itu, Yakub berkata ia juga memberi bantuan kewangan anak-anak di kawasan Balingan dan Mukah apabila mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Advertisement