Anda di sini

Program berjalan kaki mengundur sasarkan lebih 1,000 penyertaan

Advertisement

KUCHING: Program ber-jalan kaki secara mengundur atau Imagine RetroWalk yang akan diadakan di sini menyasarkan lebih 1,000 penyertaan.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata, sasaran itu adalah bagi memecah rekod dunia yang dicatat dalam buku Guinness World Records oleh China dalam acara tersebut dua tahun lalu.

“Kami di kementerian yakin pihak penganjur mampu memecahkan rekod lama dengan mencatat satu rekod baharu dalam Guinness World Records sebelum negara lain melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majis Pelancaran Imagine Retro-Walk di Plaza Merdeka di sini semalam.

Pada masa sama, Mawan memberitahu bahawa program berjalan kaki sejauh satu kilometer itu dapat membantu merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

“Pada bulan Oktober nanti dijangka ribuan rakyat Sarawak pelbagai kaum dari seluruh bahagian dan negeri akan menyertai program ini bagi memecahkan rekod itu,” tegasnya.

Dalam hasrat untuk memecah rekod dunia, Mawan berkata, program itu juga membolehkan semua peserta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlu-kan.

“Proram ini juga berbentuk amal dan wang terkumpul daripada yuran pendaftaran akan didermakan kepada lima pertubuhan amal di negeri ini,” tambahnya.

Terdahulu, pengerusi pe-nganjur Winnie Lim berkata, pendaftaran akan dibuka pada 23 Januari ini sehingga hujung September 2014 dan yuran sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap peserta.

Beliau memberitahu, kaunter pendaftaran akan dibuka setiap hujung minggu (Ahad) di Plaza Merdeka dan program itu akan berlangsung pada 11 Oktober tahun ini di Padang Jubli MBKS.

“Kelab 1BFF dan ahli jawatankuasa penganjur meng-ucapkan terima kasih atas sokongan daripada kementerian dan rakan-rakan penaja,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan tetamu kehormat yang lain.

Advertisement