Anda di sini

Pelbagai promosi, tawaran harga menarik di Vision World Optics

Advertisement

MIRI: Bersempena dengan pembukaan terbaharunya di sini, Vision World Optics menawarkan pelbagai promosi dan tawaran harga menarik bagi setiap pembelian yang ditawarkan sementara stok masih ada.

Pemilik bersama Desmond Law memberitahu, Vision World Optics mempunyai dua cawangannya yang terletak di Tingkat 2, Permaisuri Imperial City Mall dan sebuah lagi terletak di Jalan Raja, bandar raya Miri.

“Vision World Optics merupakan yang pertama dan kami menjangkakan ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Bahkan, pihak kami turut menyasarkan akan membuka 100 buah cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang,” jelasnya dalam majlis perasmian pembukaan Vision World Optics di sini semalam.

Hadir sama ialah isteri beliau Amy Chee, rakan kongsinya Yong Kah Syn, Mark Tie, Johnny Chan, Simon Wong dan Pengurus Pentadbiran Vision World Optics Connie Tang.

Antara promosi yang ditawarkan ialah kaca mata jenama Esprit yang terpilih dengan harga RM150 daripada harga asalnya RM429, tawaran pakej bingkai percuma dengan tawaran kanta serendah RM99 hingga RM159, setengah harga bagi pembelian kedua untuk kanta mata lengkap jenama Colorpia dan lain-lain lagi.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang mendapat barangan percuma dengan setiap pembelian yang ditawarkan di Vision World Optics yang turut membolehkan pelanggan membawa pulang wang tunai angpau.

Antara jenama lain yang turut boleh didapati di kedua-dua cawangan terbabit ialah Gucci, Calvin Klein, Guess, Adidas, Oakley, Playboy, Tagheuer dan lain-lain jenama terkemuka yang lain.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut boleh berkunjung ke kedua-dua buah cawangan tersebut di alamat SF33a, Second Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati, Miri atau Lot 74, Ground Floor, Jalan Raja, Miri di sini.

Advertisement