Anda di sini

Langkah segera atasi kekurangan air di HUS

Advertisement

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) akan meng-ambil langkah penyelesaian jangka pendek bagi meng-atasi masalah kekurangan bekalan air yang dialami di beberapa wad di hospital itu kebelakangan ini.

Pengarahnya Dr Abdul Rahim Abdullah berkata langkah jangka pendek itu ialah memasang pam air tambahan yang berkapasiti lebih besar dan disambungkan kepada enjin penjana kuasa HUS bagi memastikan tekanan air mencukupi di semua wad walaupun ketika berlaku gangguan bekalan elektrik.

“Kami sudah mengemuka-kan permohonan agar pemasangan pam air tambahan yang lebih besar dilakukan sebagai penyelesaian jangka pendek masalah tekanan air rendah yang sering dialami di Hospital Umum Sarawak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitahu bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah yang berlaku di HUS kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor seperti rizab dan tangki air tidak mencukupi, gangguan bekalan elektrik di sekitar bandar raya Kuching dan kerosakan salah satu pam air di situ.

Dr Abdul Rahim menjelaskan, semasa berlakunya gangguan elektrik di sekitar bandar raya Kuching baru-baru ini, beberapa pam air berfungsi yang disambungkan kepada enjin penjana kuasa di HUS hanya untuk kegunaan kecemasan.

“Disebabkan meningkatnya beban kerja sejak beberapa tahun lalu, tangki air yang digunakan untuk menyimpan air tidak lagi mencukupi.

“Oleh itu HUS memerlu-kan sebuah lagi tangki air bagi meningkatkan kapasiti rizab airnya.

“Kami mempunyai penyelesaian jangka panjang kepada masalah ini, kami meminta satu lagi tangki air berserta pam dipasang bagi meme-nuhi keperluan bebanan kerja dihadapi HUS.

“Diharap peruntukan bagi tujuan itu akan diperoleh tahun ini dengan itu masalah kekurangan bekalan air dapat diatasi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas kepada kenyataan akhbar Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat Voon Shiak Ni yang meminta pihak HUS menyelesaikan masalah tekanan air rendah serta terputus bekalan air dialami di beberapa wad di situ.

Voon turut meminta peng-urusan HUS memantau kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh kontraktor dipilih bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan yang baik serta berkesan.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau menerima aduan daripada seorang ahli keluarga pesakit yang dimasukkan di wad HUS mengatakan pada Rabu lepas bekalan air di wad berkenaan terputus sama sekali menyebabkannya tidak dapat membersihkan diri selama dua hari.

Pengadu menambah di-sebabkan ketiadaan air, sinki di wad berkenaan kotor dan tidak dibersihkan.

Advertisement