Anda di sini

SUPP mungkin tidak kegelapan jika pemimpin ambil berat parti

Advertisement

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mungkin tidak akan berada dalam kegelapan jika barisan pemimpin atasan benar-benar mengambil berat akan parti.

Penganalis politik, Datuk Peter Minos berkata ia tidak semudah itu untuk bercakap mengenai SUPP apatah lagi ketika dua daripada cawangan telah dibatalkan pendaftarannya.

Badan induk SUPP kini berada di awang-awangan dan ia adalah seperti jam enam, di mana tanda-tanda kegelapan telah tiba.

Hanya keajaiban dan kuasa Tuhan mampu menyelamatkan parti yang amat terkenal pada suatu ketika dulu dan tertua di Sarawak yang ditubuhkan pada 1959.

“Dua tahun lepas, kami pernah menyatakan bahawa pemimpin atasan SUPP perlu duduk berbincang dan berkompromi serta mengelak daripada menghebahkan masalah dalaman parti kepada umum.

“Jika pemimpin atasan SUPP, saya kata jika, mereka benar-benar mengambil berat akan parti mungkin perkara ini tidak akan menjadi seperti sekarang ini,” katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas mengenai krisis SUPP.

Ditanya mengenai masa dengan anggaran kos RM500.

hagian daripada ahli-ahli Barisan Nasional (BN) beliau berharap bahawa badan induk SUPP tidak akan dibatalkan pendaftarannya dan jika ini berlaku masih ada sinar harapan untuk mereka.

“Semua ini adalah terpulang kepada ROS yang akan memutuskan mengenai fakta dan bukti-bukti yang akan dikemukakan kepada mereka. Inilah harapan kita.

“Jika badan induk dibatalkan pendaftaran maka tiada apa yang dapat dilakukan mengenainya,” ujarnya.

Tambah Minos, memulihkan semula dalam bentuk baharu dan nama baharu boleh dilakukan tetapi ia mungkin usaha yang sia-sia kerana masyarakat Cina di Sarawak mempunyai idea yang berbeza.

“Mungkin landasan politik baharu sepenuhnya diperlukan, seperti yang sering dinyatakan, tetapi badan baharu ini mesti mempunyai pemimpin yang baharu dengan idea-idea baharu serta objektif dan hala tuju yang segar.

“Dapatkah ini dilakukan? Sudah pasti ia dapat dan ia adalah kemestian kerana masyarakat Cina di Sarawak mesti diwakili dalam kerajaan BN Negeri.

“Bukan Cina tidak dapat menolong di sini. Yang pasti, pembangkang terutama DAP akan ketawa dengan masalah ini kerana ia adalah jangkaan mereka.

“Tetapi pada penghujung hari, terpulang kepada Cina Sarawak untuk memutuskan masa depan politik mereka,” tambahnya.

Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh SUPP, ia membuatkan Minos terfikir, mengapa parti-parti politik tidak pernah belajar dari masa lepas? Mengapa tidak belajar dengan apa yang terjadi kepada SNAP dan PBDS.

Mengapa mengulangi kesilapan mereka? “Seharusnya tidak ada masalah dalaman bagi parti politik dan jika ada ia harus diselesaikan secara senyap dalam parti dan pemimpin atasan harus duduk mengadakan perbincangan yang gembira dan jangan sesekali mengambil sikap lakukan atau mati serta menolak perdamaian.

“Sebaik pemimpin atasan memegang jawatan sama ada saya atau anda, tindakan menamatkan parti adalah kesimpulan yang harus dilupakan.

“Itulah yang berlaku kepada SNAP dan PBDS. Semoga tiga parti BN iaitu PBB, PRS dan SPDP melihat tanda-tanda ini dan bertindak dengan langkah yang bijaksana,” ujarnya.

Advertisement