Anda di sini

Sistem kuasa STIHL tanpa wayar kini menemui anda

Advertisement

KEMAMPUAN: Alat ini mempunyai banyak kelebihan iaitu reka bentuk padat, jimat tenaga, ringan dan tidak mengeluarkan bunyi bising ketika beroperasi.

KUCHING: Berita baik kepada pemilik kebun dan golongan profesional.

Produk-produk tanpa wayar (kord) baharu STIHL dalam 36V-class kini boleh didapati di pasaran.

Nikmati manfaat-manfaat bergerak, senyap, bekas pelepasan dan peralatan berkuasa yang didatangkan tanpa kabel rumit.

Hakikatnya, ia merupakan gabungan penggunaan kuasa bateri dan teknologi enjin dengan kombinasi kepakaran kuasa peralatan.

Jentera tanpa wayar 36V baharu ini menggabungkan motor inovatif dan teknologi bateri dengan kejuruteraan jentera kelas pertama untuk menghasilkan motor elektrik yang dikawal menggunakan tenaga elektrik (EC) tanpa berus.

Sekali pandang ia mempunyai banyak kelebihan iaitu reka bentuk padat, jimat tenaga, ringan dan tidak mengeluarkan bunyi bising ketika beroperasi.

Mesin ini dilengkapi dengan bateri lithium-ion. Selain gergaji berantai, STIHL turut menawarkan pemotong rumput tanpa wayar, peniup tanpa wayar, penyapu bateri, perapi tanpa wayar dan mesin pemotong rumput bergerak tanpa wayar.

Advertisement