Anda di sini

Gonshin Ryu Sarawak harap lahir lebih ramai atlet karate

Advertisement

MIRI: Persatuan Karate Gonshin Ryu Sarawak berharap untuk melahirkan lebih ramai atlet karate dapat mewakili Sarawak dan negara pada kejohanan peringkat antarabangsa.

Impian tersebut diluahkan oleh presidennya, Norliza Talhah pada majlis makan malam tahunan kali kedua di sini malam kelmarin.

“Dengan sokongan padu semua, saya percaya kita boleh mencapai matlamat jangka panjang,” katanya.

Dalam tempoh lima tahun ini, persatuan telah mencapai matlamat jangka pendek dan atlet aktif menjalani latihan serta terlibat dalam banyak kejohanan.

Norliza turut menyampaikan terima beliau kepada Majlis Sukan Negeri (MSN), ibu bapa dan rakan-rakan atas sokongan mereka kepada persatuan.

Bertema Rock Star, majlis dianjurkan untuk menghargai dan meraikan pencapaian dan sumbangan atlet kepada persatuan.

Antara kejayaan mereka ialah memperolehi tiga pingat gangsa pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XV 2012 di Pahang, tempat kedua kejohanan terbuka Hari Malaysia di Sabah pada 2013, juara perlawanan persahabatan antara Sarawak Goshi Ryu, Brunei Wadokai dan Seria Shitokai, juara Liga Karate Goshiryu.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).

Hadir sama Pegawai Penguasa MSN Miri Harifen Mansor, jurulatih karate SUKMA, Al Harir dan jurulatih karate kebangsaan, Shihan Lim.

Sejak 2002, persatuan itu dikenali Wado Ryu dengan hanya lima orang pelajar.

Tiga tahun kemudian dikenali sebagai Kelab Karate (Karate Kids Club).

Pada 2008, mereka diiktiraf sebagai Persatuan Karate Goshin Ryu Sarawak.

Persatuan kini dianggotai oleh seramai 70 pelajar.

Advertisement