Anda di sini

Beri peluang SOSMA main peranan

Advertisement

PEKAN: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  berkata semua pihak perlu memberi peluang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memainkan peranan dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, isu keselamatan dan ketenteraman awam serta desakan menguatkuasakan semula ISA tidak akan timbuljika semua pihak mematuhi dan menerima undang-undang yang ada.

Beliau diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan menguatkuasakan semula ISA kerana SOSMA dilihat tidakmemadai untuk menangani isu membabitkan puak ekstremis. — Bernama

Advertisement