Anda di sini

11 kanak-kanak mendaftar di prasekolah SK Rumah Gudang

Advertisement

MARUDI: Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Gudang tahun ini menerima 11 kanak-kanak baharu mendaftar untuk mengikuti pembelajaran di peringkat prasekolah.

Menurut Guru Besar SK Rumah Gudang Sarimah Hamid, tahun ini prasekolah di sekolah ini diterajui Annis Afika yang bakal berdepan dengan pelbagai karenah kanak-kanak berusia seawal empat tahun.

Jika kebiasaannya di tadika atau prasekolah kecoh dengan tangisan kanak-kanak, namun berbeza di sini kerana hampir semua kanak-kanak berbangsa Iban saling mengenali antara satu sama lain menyebabkan mereka mudah mesra dan berkawan serta bermain sesama sendiri.

Dalam pada itu, SK Rumah Gudang memulakan sesi persekolahan 2 Januari lalu dengan seramai 71 murid baharu mendaftar kebanyakannya murid  tahun satu.

Advertisement