Anda di sini

Salur peruntukan ADUN berdasarkan keluasan dan kedaifan DUN

Advertisement
 


KOTA KINABALU: Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu disalurkan berdasarkan kepada keluasan atau kedaifan sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Datuk Suhaimi Nasir (ADUN DILANTIK) berkata, ia sebagai usaha mempercepat keseimbangan kemajuan dan pembangunan.

"Pada masa ini, pendekatan kerajaan memperuntukan agihan sama rata, tanpa mengira kedudukkan DUN yang diwakili.

"Selain pendekatan berpandukan pada kedaifan sesebuah kawasan DUN, perlu juga diambil kira status kehidupan rakyat yang diwakili," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, adalah lebih adil dan seksama, jika kerajaan mengambil pendekatan sedemikian, supaya rakyat negeri ini merasai keseimbangan kemajuan, pembangunan dan sosioekonomi. 

Katanya, jika berpandukan pada perjuangan parti kerajaan untuk mewujudkan stabil politik, kemakmuran negeri dan jaminan kesejahteraan, maka difikirkan sudah sampai masa kerajaan melaksanakan jumlah peruntukan yang berbeza berasaskan kedudukan sesebuah DUN.

"Untuk melaksanakan agihan peruntukan yang berbeza itu, maka perlu diwujudkan nisbah atau asas agihan dan tentunya kerajaan lebih arif mengenainya berpandukan data statistik," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement