Anda di sini

Hari Terbuka Bersama UTAR berlangsung dengan jayanya

Advertisement
 

Oleh Nurin Abdullah

KUALA LUMPUR: Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah mengadakan Hari Terbuka pada 6 hingga 7 April dan 13 hingga 14 April lalu dengan jayanya.

Kampus Kampar dan Sungai Long mengadakan hari terbuka mereka pada tarikh yang sama untuk kedua-dua lokasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang

Pelajar dan ibu bapa diberi peluang untuk melawat sekitar kampus UTAR dan berinteraksi dengan ahli akademik dan penasihat pendidikan. 

Turut diadakan ialah taklimat iasiswa dan bantuan kewangan dan bengkel bimbingan kerjaya.

Pelajar turut berpeluang membuat pendaftaran dengan hanya membayar RM313 dan memohon biasiswa sehingga 100 peratus, pinjaman pelajar faedah 0% dan geran pengajian untuk alumni ibu bapa adik-beradik. Tiada yuran permohonan diperlukan.

Layari study.utar.edu.my atau hubungi 016-2233557/018-9722100 untuk maklumat lanjut mengenai acara Hari Terbuka UTAR dan untuk pengambilan Mei-Jun 2024. 
 

Advertisement