Anda di sini

Augustine Wong terus menerajui SHEDA untuk penggal kedua, 2024-2027

Advertisement
Ahli-ahli Majlis Negeri SHEDA yang baharu dilantik untuk penggal kedua (2024-2027) pada 8 April lalu.
Ahli-ahli Majlis Negeri SHEDA yang baharu dilantik untuk penggal kedua (2024-2027) pada 8 April lalu.

KUCHING: Augustine Wong Chung Ho (Sinar Mekar Properties Sdn Bhd) telah dipilih semula sebagai presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) untuk penggal kedua (2024-2027) baru-baru ini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak SHEDA, pemilihan tiga tahun sekali itu telah berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tahunan SHEDA Ke-31 yang diadakan pada 8 April 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Semasa mesyuarat itu, Wong mengiktiraf sumbangan kolektif ahli majlis, penasihat dan ahli SHEDA atas peranan mereka dalam membentuk pertumbuhan dan impak SHEDA dalam industri. 

Beliau juga mengambil peluang untuk mengiktiraf asas-asas berpengaruh yang diletakkan oleh presiden SHEDA yang terdahulu.

Beliau akan dibantu oleh Ahli Majlis Negeri SHEDA yang baru dilantik iaitu Timbalan Presiden Louis Ting Tiew Hee (Sendayan Properties Sdn Bhd).

Naib Presiden dan Ketua Cawangan Kuching Dato Bobby Ting Sie Ching (Elica Sdn Bhd), Ketua Cawangan Sibu Wong Siong Nee (WWW Development Sdn Bhd), Ketua Cawangan Bintulu Noel Yek Nae Shiuan (BGC Construction Sdn Bhd) dan Ketua Cawangan Miri James Hii Sing Lung (Green Summit Development Sdn Bhd).

Sementara, Setiausaha Agung Ir. John Yong Lock Ping (Lafrowda Properties Sdn Bhd), Bendahari Agung Steve Tan Chen Hang (Hong Seng Construction (E.M.) Sdn Bhd) Ahli Majlis Ir. Alex Wong Teck Ching (Hock Peng Realty Sdn Bhd) Cecil Lau Ning Kiang (Aquabloom Sdn Bhd).

Juga Hanizam Hashim (Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd), Lawrence Kong San Hoe (Rich Venture Construction Sdn Bhd), Lawrence Law Siew Hie (Zellcom Sdn Bhd), Georg Liang Ngee Ping (Twin Revenue Sdn Bhd), Peter Pau Kiu Sung (R.H. Vision (Sarawak) Sdn Bhd).

Termasuk Shaharum Ramli (Naim Land Sdn Bhd), Shaun Mok Chek Wei (Cahya Mata Development Sdn Bhd), Kapitan Tan Kun Gee (Rasaja Sdn Bhd), Ex Officio Dr Christopher Ngui (Tiara Realty Sdn Bhd), Joseph Wong Kee Liong (Kintown Development Sdn Bhd) dan Zaidi Ahmad (Oricon Sdn Bhd).
 

Advertisement