Anda di sini

Neat Plan umum perkongsian dengan Ascott bina dan urus Langit Citadines

Advertisement
Terletak di Jalan Tabuan, iaitu salah satu lebuh utama menuju ke daerah perniagaan di pusat Kuching, Langit Citadines berada berhampiran tempat-tempat riadah dan perniagaan.
Terletak di Jalan Tabuan, iaitu salah satu lebuh utama menuju ke daerah perniagaan di pusat Kuching, Langit Citadines berada berhampiran tempat-tempat riadah dan perniagaan.


 
KUCHING: Salah satu bahagian hartanah Hock Seng Lee (HSL), Neat Plan, mengumumkan perkongsian dengan Ascott Limited (Ascott) dari Singapura untuk membina dan menguruskan Langit Citadines Kuching di pusat bandar raya ini.

Langit memaparkan dua menara 27 tingkat yang mana tingkat satu bangunan itu akan menempatkan 64 kondominium mewah oleh HSL manakala menara dua akan mempunyai 213 bilik hotel Citadines.

Dua tingkat ‘clubhouse’ akan menghubungkan kedua-dua menara di aras 10 dan aras 18, satu masing-masing bagi kondominium dan penginap hotel.

Terletak di Jalan Tabuan, iaitu sebuah lebuh di atas bukit berhampiran tempat-tempat perniagaan, pelancong dan membeli-belah utama, Langit Citadines menjanjikan mercu tanda reka bentuk baharu di Sarawak.
 
Ia juga direka bentuk mengikut standard bangunan hijau - yang mempamerkan aspirasi jenama bagi HSL dan Ascott.

Projek Langit berwawasan HSL bermula pada 2021 dengan satu pertandingan seni bina seluruh negara.

Ia merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di Sarawak dan menarik 112 penyertaan peserta global.

Daripada pemenang, HSL dan Ascott - sebuah unit perniagaan tempat penginapan yang dimiliki sepenuhnya oleh CapitaLand Investment di Singapura - sama-sama memajukan Langit Citadines, bertujuan membawa pelancongan dan kehidupan mewah ke tahap baharu bagi Malaysia Timur.

“HSL teruja untuk bekerja dengan Ascott bagi pembangunan dan pengurusan Langit Citadines. Citadines merupakan satu jenama yang luar biasa dengan portfolio terbesar meliputi 14 jenama Ascott.
 
“Digabungkan dengan rangkaian global Ascott, Langit Citadines yang baharu ini menawarkan keselesaan sebuah kediaman khidmat, digabung dengan keanjalan sebuah hotel.

"Projek ini akan meletakkan Kuching yang indah di peta dunia, ketika pelancongan dalam negeri menuntut peningkatan," kata Pengarah Urusan HSL Datuk Paul Yu Chee Hoe.

PAUL YU 
PAUL YU 

Tinjauan meluas telah dibuat untuk mencari adunan bilik hotel saiz dan harga paling optimum.

Bilik hotel akan mempunyai unit studio, unit satu bilik tidur dan unit dua bilik tidur.

Maklumat terperinci mengenai kondominium belum lagi dikeluarkan.

Paul menyifatkan Ascott sebagai rakan kongsi yang tidak ternilai.

“Daripada permulaan Projek Langit, kami mahukan idea terbaik bagi pembangunan dalam bandar raya.

“HSL memilih untuk bekerja dengan Ascott selepas pertandingan seni bina berkenaan kerana pihak Singapura mengemukakan cadangan yang dirangka dengan teliti.
 
‘Tagline’ kami kekal ‘Langit - Reaching for Greater Heights Together’ dan kami gembira untuk bekerja dengan individu-individu terbaik daripada pelbagai industri,” kata beliau menambah.

Pembinaan bermula tahun ini, dan tarikh siap dijangkakan dalam tempoh dua setengah hingga tiga tahun.

Dalam satu kenyataan akhbar, Pengurus Besar Wilayah Ascott Malaysi Mondi Mecja, memaklumkan bahawa syarikat itu juga teruja dengan projek tersebut, yang dapat menjadi standard jenama bagi Citadines di Malaysia.

"Kami rasa bertuah untuk bekerjasama dengan HSL dalam pembangunan baharu ini," katanya.

Menurutnya, HSL merupakan pakar pembinaan yang utama dan inovatif di Malaysia Timur dan pertandingan Langit merekalah yang telah menarik kami kepada projek ini.

“Ia adalah unik bagi pemaju hartanah untuk memulakan sesebuah projek dengan satu pertandingan terbuka dan itulah perkara yang kami sangat suka tentang Langit.

"Bukannya setiap hari kita mendapatkan sebuah projek istimewa yang sudah pun memenangi anugerah,” kata Mecja.

Langit Citadines Kuching merupakan salah satu projek pihaknya yang paling mengujakan di rantau ini.

Dengan prospek pelancongan yang cerah di Sarawak, Langit Citadines Kuching dijangka melambangkan komitmen jenama ini untuk menyediakan tetamu dengan kehidupan terbaik di bandar raya, seraya memberi inspirasi kepada mereka untuk hidup, bekerja dan bermain dalam pelbagai cara, tambahnya.

Langit Citadines memenuhi dan melangkaui garis panduan ketat Kerajaan Sarawak bagi kompleks komersial yang tinggi.

Ia akan memasukkan beberapa teknologi bagi kecekapan dan mempunyai kemudahan gaya hidup yang menakjubkan.

‘Clubhouse’ pula bakal memaparkan kolam ‘infinity’ yang memaparkan kecantikan pemandangan utara dan selatan Kuching.

Ruang komersial premium akan menambah kepada kemudahan makan dan peruncitan yang semakin berkembang, dengan memaparkan beberapa masakan tempatan terbaik yang disajikan oleh operator tempatan.

Tangga besar di tingkat bawah yang terbuka kepada orang ramai - buat masa sekarang dipanggil ‘The Cat Walk’ oleh pasukan projek - menopang kedua-dua menara.

“Komponen awam Langit menjanjikan salah satu ruang awam paling mengujakan di Kuching,” kata Mecja, sambil memperincikan beberapa perkara yang menonjol dalam reka bentuk kompleks yang memenangi anugerah itu.

Arkitek Langit adalah MOA Architects di Kuala Lumpur dan David Ong Architect di Kuching. Pakar ‘facade’ atau bahagian hadapan bangunan adalah Light Collab, yang terkenal dengan hasil kerja seperti Kinokuniya Abu Dhabi dan Bangkok serta Singapore Pavilion di Ekspo Dunia 2020.

Advertisement