Anda di sini

Lelaki Israel akan dituduh esok: KPN

Advertisement
RAZARUDIN
RAZARUDIN

KUALA LUMPUR: Lelaki Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

"Ya, dia akan didakwa esok pagi,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BERNAMA hari ini.

Warga Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lepas. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.

Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga. 

Pada 8 April lepas, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api. - BERNAMA

Advertisement