Anda di sini

Nizam sambut baik bantuan subsidi tiket yang diumum Ketua Menteri

Advertisement
NIZAM
NIZAM


KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyambut pengumuman Ketua Menteri mengenai bantuan subsidi tiket penerbangan yang diberi kepada pelajar Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.


Subsidi tiket penerbangan yang berjumlah RM10 juta yang diumumkan itu kata Nizam, dijangka akan memberi manfaat kepada 18,000 pelajar IPT bagi membolehkan mereka pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.  


"Kerajaan Sabah juga memperuntukkan sebanyak RM67.4 juta untuk Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun ini bagi membantu anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara.


"Jumlah peruntukan ini telah meningkat sebanyak RM13.6 berbanding peruntukan tahun lepas dan ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan Plus (GRS-PH Plus) dibawah kepimpinan Hajiji serius dalam membantu dan meningkatkan pendidikan anak-anak Sabah, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Nizam berkata hasrat Kerajaan Sabah adalah selaras dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di Sabah.


"Semoga dengan usaha-usaha yang diambil kerajaan Sabah akan meningkatkan semangat anak-anak Sabah untuk terus mengejar dan mencapai impian mereka, " katanya.


Isnin lepas, Hajiji mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, sebanyak RM600 setiap seorang sekali bayar melalui peruntukan khas Ketua Menteri.

 

  • oleh
  • Advertisement