Anda di sini

MUTIARA GRS sumbang kuih raya kepada pasukan keselamatan, petugas kesihatan

Advertisement
 Juliah bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih raya untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA.
BUNGKUS: Juliah bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih raya untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan

Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menyumbangkan kuih raya kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

Pembungkusan kuih diketuai Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag dengan anjuran Biro Kebajikan MUTIARA GRS di Rumah MUTIARA GRS, Jalan Penampang pada Rabu.

Juliah berkata, MUTIARA GRS menyumbang sebanyak 380 bakul yang mengandungi kuih tradisional dan moden, kurma, serunding, minuman dan lain-lain.

Katanya, sumbangan ini adalah bagi mengenang jasa dan pengorbanan perwira di barisan hadapan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri.

"Mudah-mudahan sumbangan ini akan menceriakan mereka semasa bertugas dan menjalankan amanah bagi membolehkan rakyat menyambut Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua II MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit berkata, jumlah bakul yang disumbangkan tahun ini lebih banyak berbanding tahun lalu.

"Selain pasukan keselamatan dan petugas kesihatan, MUTIARA GRS turut menyumbang kepada pihak Imigresen dan Kastam terutama anggota yang akan bertugas pada 1 Syawal tahun ini.

“Bakul ini akan diserahkan oleh Juliah sendiri kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan yang dijadualkan akan diadakan pada 4 April depan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement