Anda di sini

Barone meninggal dunia pada usia 57 tahun

Advertisement
Barone ketika menyaksikan perlawanan Serie A Itali di antara Fiorentina dan Brescia, 21 Okotber 2019. — Gambar AFP
Barone ketika menyaksikan perlawanan Serie A Itali di antara Fiorentina dan Brescia, 21 Okotber 2019. — Gambar AFP

MILAN: Pengurus besar kelab Fiorentina, Giuseppe Barone, meninggal dunia pada Selasa ketika berusia 57 tahun selepas jatuh sakit hujung minggu lepas, menyebabkan perlawanan pasukannya dalam Serie A Itali ditangguhkan.

Barone dikejarkan ke hospital San Raffaele di Milan pada Ahad, menyebabkan perlawanan di antara kelabnya menentang Atalanta ditangguhkan ke tarikh yang tidak dinyatakan.

“Semua orang di Fiorentina berasa sedih dengan kehilangan seorang yang menawarkan sikap profesional, jiwa raga untuk kelab kami,” kata Fiorentina dalam satu kenyataan.

Seluruh dunia “Viola” bersimpati dengan isterinya, Camilla, anak-anak dan seluruh keluarga Barone dalam masa yang menyedihkan ini.”

Barone, yang lahir di Sicily pada 1966 tetapi berpindah ke New York City ketika kasih kanak-kanak, meninggal dunia sehari sebelum ulang tahun kelahiran ke-58.

Dia merupakan rakan sejak sekian lama presiden Fiorentina, Rocco Commisso dan merupakan orang penting dalam pengurusan kelab sejak pertukaran pemilik pada 2019. — AFP
 

Advertisement