Anda di sini

Ir Meheron Selowara dipilih sebagai pengerusi baharu IEM Cawangan Miri 

Advertisement
Ahli jawatakuasa IEM Cawangan Miri bagi sesi 2024/2025 yang baru dilantik.
Ahli jawatakuasa IEM Cawangan Miri bagi sesi 2024/2025 yang baru dilantik.

MIRI: Ir Meheron Selowara Joo dipilih sebagai pengerusi baharu Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Miri pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 yang diadakan secara hibrid, baru-baru ini. 

Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pelantikan dua naib pengerusi iaitu Ir Dr Wong Kwong Soon sebagai naib pengerusi pertama dan Profesor Ir Dr Stephanie Chan sebagai naib pengerusi kedua. 

Setiausaha kehormat bagi jawatankuasa baharu itu ialah Ir Nelson Ng manakala Ir Yee Wen Jye akan memikul tanggungjawab sebagai bendahari kehormat. 

Empat anggota umum yang dipilih untuk jawatankuasa eksekutif baharu ialah Ir William Chien, Ir Geoffery Ranggu, Ir Liew Kuo Fung dan Ir Abang Nizamuddin.  

Sesi dialog turut diadakan antara ahli IEM Miri dan bekas ahli jawatankuasa pada mesyuarat berkenaan. 

Sementara itu, Meheron berkata sempena dengan sambutan jubli perak menandakan penubuhan IEM Cawangan Miri ke-25 tahun ini, pelbagai aktiviti menarik dirancang untuk ahli-ahlinya. 

“Salah satu acara utama ialah makan malam dwi-tahunan yang dirancang untuk diadakan pada bulan Disember di mana acara ini bukan sahaja menghimpunkan ahli dan jurutera bagi mengeratkan persahabatan dan rangkaian, tetapi ia juga acara penting untuk mengumpul dana buat cawangan agar dapat menjalankan dan mensubsidi aktiviti buat ahli-ahli. 

“Keduanya, adalah Simposium Infrastruktur Borneo Kali Ke-2 yang bakal diadakan pada 4 September depan dimana simposium transnasional bertemakan ‘Infrastruktur Lestari Untuk Borneo’ akan menghimpunkan pakar dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka dalam pembangunan infrastruktur di kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia,” katanya. 

Tambahnya, sebagai masyarakat terpelajar, adalah menjadi kewajipan IEM Cawangan Miri untuk menganjurkan ceramah, forum dan lawatan industri buat ahli-ahlinya bagi mengekalkan minat mereka dan menyumbang kepada persaudaraan kejuruteraan di rantau ini. 
 

  • oleh
  • Advertisement