Anda di sini

Jurulatih Taekwondo disyaki bunuh tiga warga Korea Selatan

Advertisement
 


SYDNEY: Polis Australia kelmarin mengesahkan telah menahan seorang jurulatih Taekwondo kerana disyaki membunuh tiga sekeluarga warga Korea Selatan.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di dua lokasi di barat Sydney kelmarin.

Seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun ditemui mati di sebuah pusat seni mempertahankan diri di bandar ini.

Polis berkata pasangan itu telah meninggal dunia akibat “kecederaan yang dialami semasa serangan”.

“Kami mengesyaki mereka telah diserang. Kami akan mendakwa ia ada niat membunuh,” kata Detektif Superintendan Daniel Doherty dari skuad pembunuhan.

Mayat seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui di sebuah rumah berhampiran. Polis mengesyaki dia mati akibat kesan tikaman.

Pada malam Isnin, suspek berusia 49 tahun membawa dirinya ke sebuah hospital tempatan.

Dia dirawat kerana terdapat kesan tikaman di dada, lengan dan perut, yang menurutnya berlaku semasa serangan di tempat letak kereta sebuah pasar raya.

“Berikutan siasatan yang meluas” dan pemeriksaan forensik ke atas tempat kejadian, polis meletakkannya sebagai pesakit di bawah tahanan.

Polis juga berkata ketiga-tiga mangsa mempunyai pertalian antara satu sama lain dan berasal dari Korea Selatan.

Doherty berkata kematian itu “bukan sahaja tragis memandangkan keadaannya, tetapi kesannya juga amat besar. Kami baru sahaja kehilangan tiga orang daripada satu keluarga.” — AFP 

Advertisement